Tujuan kita memakai wangian. Kalau dulu kita pakai wangian
sebab nak wangi, apa kata lepas ini kita ubah mind set kepada tujuan memakai
wangian adalah suatu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. InsyAllah niat yang
baik, mungkin ganjaran yang baik dari Allah.
Setiap muslim diajurkan untuk memakai wangi-wangian
khususnya ketika hendak mendirikan Solat Jumaat atau ketika hendak menghadiri
sesuatu Majlis. Rasulullah s.a.w sangat suka menggunakan wangi-wangian.
Bagi lelaki, wangian hendaklah yang tidak bewarna sama ada
di dalam atau diluar rumah, sebagaimana sebuah hadis riwayat Imam al-tarmizi
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: " wangian lelaki adalah apa
yang jelas baunyadan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan adalah apa yang
tersembunyi baunya dan nyata warnanya." Ada sesiapa yang boleh huraikan
lebih detai hadis ni?huhu.
·
Manfaat Minyak Wangi
1)
Menyegarkan diri dan merangsang minda.
2)
Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa.
3)
Wangian sangat disukai Allah, para malaikat , para rasul dan orang soleh.
Rasulullah s.a.w bersabdayang bermaksud:" Empat perkara daripada sunah
para rasul ; perasaan malu, memakai wangian, bersiwak dan bernikah." (
Riwayat al-tarmizi , Ahmad dan al-Baghawi.Hadis Daif)
4)
Menghindari daripada syaitan kerana syaitan amat tidak suka bau wangi
sebaliknya suka bau busuk.
5)
Wangian melambangkan kebaikan dan bau busuk melambangkan kekejian.
6)
Wangian adalah satu sifat surga sebagaimana hadis riwayat Abu Nu'aim daripada
Abiu Sufyan dan Jabir r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud," Allah s.w.t berfirman kepada syurga, wangilah untuk penghuni
engkau ! Lalu syurga pun bertambah mewangi. Maka demikianlah bahawa hawa dingin
(serta keenakan baunya) yang dirasai manusia (di dunia) kala dinihari,
iaitu sebgaimana juga Allah menjadikan api di dunia dan kepedihannya, juga
kegelisahan dan dukacitanya sebgai peringatan tentang api di akhirat."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar